Tuesday 11 September 2012

SAKIT

I am at the lowest point in my life now. Rasa macam dah tak boleh bawak dengan smua perkara.. Life and work.

Aku rasa macam nak lari dari semua ni.. dan nak bwk anak aku sekali.. aku dah tak tahan dengan situasi hidup aku yang aku rasa lemas dan merimaskan. Aku benci dengan orang2 yang hanya tahu dan pandai buat orang down. Tidak pernah barang sekali pun hati kau aku sakiti kenapa dengan senang ko nak sakiti hati aku. Kau tidak pernah tahu macam mana hidup aku dan kau nak judge aku atas apa yang kau lihat

Aku bosan sangat dengan hidup ini…memang cakap macam orang yg tidak beriman…tapi ini yang aku rasa.. saat ini.. aku rasa terlalu murung tetapi aku gagahkan juga sebab sikecil yang sentiasa membuatkan aku tersenyum… ingin sahaja aku membawa diri…berhenti kerja dan lari dari semua ini dengan sikecil ku… dah tak sanggup rasa hati ini…

Dan kenapa orang yang terdekat tidak mengambil tahu…tidak pernah bertanya…ok kah aku…tidak Nampak kah murung di wajah ini… terselindung disebalik senyuman…tidak terfikirkah senyuman itu hanya untuk melindungi luka dihati… kosong rasanya hati ini.. ke memang niat untuk tidak mengambil tahu atau tidak berminat nak ambil tahu…  lebih senang agaknya membiarkan diri ini terkontang kanting…

Yang ada dalam hati ketika ini..aku hanya hidup untuk Yang Satu… itu sahaja yang terpahat dihati…untuk melegakan hati sendiri

No comments:

Post a Comment