Tuesday 29 May 2012

FRIEND

I always think make more friends make my life happier. But the truth is, it make my life more complicated. Keep your close and good friend around you. People who except you just the way you are. It make your life happier and easier.

Monday 28 May 2012

KAKAK OOO KAKAK

AKu tak kisah kalau kat opis orang panggil aku KAKAK..tapi bukan sampai tahap nak memalukan aku depan orang ramai. Seolah-olah aku ni terlalu tua. AKu tahu panggilan KAKAK tu sebagai tanda hormat. Tetapi niat tu kena betul. Ada seorang perempuan ni pernah bertanya kepada aku…”Wei dia panggil you kakak sebab apa? Sebab you tua ke?” Masa tu aku tak marah dengan perempuan ni..tapi aku rasa terkilan. Hanya kerana kau kurus jangan ingat kau berseri sangat. Kalau dah hati tu busuk nak down kan orang…jelas terpancar kat muka tu.
Dan ada pulak yang memanggil aku berulang kali dengan panggilan KAKAK di hadapan sekumpulan lelaki2. Masa tu aku Tanya..nak apa dan kenapa? Then dia cakap taka da apa. Apa tujuannya. Hanya nak memanggil untuk tujuan apa? Nak memalukan aku ke apa? Aku tak kisah tapi orang boleh nilai sendiri. Sebabnya lepas tu..ada yang berkata…”Nampak dia berumur lagi dari akak”…so orang lain pun tahu menilai…
Bagi aku semuanya hanya pangkat dan panggilan je…yang penting pembawaan diri memasing. Dan bagaimana kita menjaga diri. Kalau dari awal kita menjaga diri dengan baik…maka baik lar hasilnya nanti. Dan niat paling penting…jangan kita nak menjatuhkan air muka orang sebabnya akan jadi air muka kita dijatuhkan dengan lebih teruk lagi…

Thursday 24 May 2012

KENAPA?

Kadang kala bila orang melakukan kesilapan kenapa kita terlalu berat hati untuk memaafkan? Kita terus menerus menghukum mereka..dan adakalanya hukuman itu sampai tahap menutup periuk nasi orang lain. Perlukan semua itu? Tidak adakah sekelumit perasaan ihsan dalam diri sendiri?
Kalau kita yang melakukan kesilapan itu kita mengharapkan orang akan memaafkan dan melupakan segalanya. Tetapi kenapa kita tidak pula menjadi begitu. Busuk sangat kah hati sehingga begitu sekali hukuman yang diambil.
Ingatlah sesungguhnya sekarang kau berada diatas…dan sekali sekala pandanglah orang di bawah ini..kerana tidak selamanya kau akan sentiasa berada diatas sana.

Tuesday 22 May 2012

KENTANG & KUAH KACANG

Korang suka makan rojak tak? Bukan rojak buah tapi rojak yg ada ayam atau sotong, timun, sengkuang, cekodok… aku suka makan rojak ni. Dan bila aku sedang menik mati rojak ni.. aku paling bengang kalau tak ada kentang.
Adoi!!! Panas betul hati ni. Aku pun memang suka kentang. Kentang adalah antara sayuran (yeke sayuran?) yang aku paling suka makan. Kalau aku makan kat warung atau kedai, bila aku dapat rojak tu, benda yang pertama aku cari ialah kentang. Dan aku rasa kecewa yang teramat bila aku find out kentang tak ada.
Kat area opis aku ni, ada orang jual jemput-jemput atau cekodok bercecahkan kuah kacang. Kekadang aku simpan kuah kacang tu dan bila balik rumah aku akan goreng tahu dan rebus kentang. Makan kentang puas2… he he he sedapnya…tak terkira..
Macam tu jugak kalau aku beli rojak van…aku akan simpan kuah tu dan buat benda yang sama iaitu rebus kentang. Aku rasa kombinasi kentang dan kuah kacang adalah yang terbaik…tapi yang peliknya kenapa bila time raya, bila ada kuah kacang yang terhidang, aku langsung tak terfikir pasal kentang. Confuse! Confuse!

Monday 21 May 2012

SABAR LAGI...

Sekarang ni agak susah aku nak update blog...sebabnya...huruf 'h', 'g'..kat laptop aku rosak...'backspace' pun tak jalan..bila tekan...tak jadik apa2 pun...macam tekan kosong je...nak update kat opis...mak aih banyak betul kerja sekarang...tapi aku memang suka kerja banyak...sebab sedar2 dah waktu balik...so..sabar jelar dengan situasi sekarang.

SABAR


Malam tadi pukul 3 pagi kami menerima berita kematian sepupu En S aku, Abg Zizi. Abang zizi dimasukkan ke ward selepas jatuh pada hari Sabtu semasa cycling. Masa jatuh tu dia dibawa ke klinik dan masa tu dia masih sedar. Klinik minta dihantar ke hospital. 

Semasa sampai di hospital (mengikut cerita yg aku dengar)…hidung Abg Zizi mengeluarkan darah yang banyak. Bila doctor check..jantung Abg Zizi terlalu lemah. Dan buah pinggang dia pun dah mengalami major breakdown akibat ubat2 yg doctor bagi untuk jantung dia. Dia meninggalkan balu dan 5 orang anak yang masih kecil. Semoga roh Abg Zizi dicucuri rahmat.

Dalam kesibukan menanti jenazah dimandi dan dikapankan… ada pulak yang bukak mulut dan bertanya..”wei, tak nak beranak lagi ke? Nanti mesti kekok kalau beranak lagi sebab dah lama tak beranak kan?”. Apalar kau ni…dalam situasi sedih macam tu kenapa ko nak Tanya soalan yang sememangnya sensitive dan menyakitkan hati. Ko memang dah tak ada soalan lain ke? 

Adakah hidup ko dah terlalu perfect sampai itu je soalan yang ada. Mungkin ko nak jadi manusia yg concern..but to tell the truth..i don’t need that. Dalam suasana dihujani air mata, masih ada masa ko nak Tanya soalan yang hanya Allah s.w.t yang tau jawapannya. Ini bukan kali pertama ko tanya soalan macam ni. Setiap kali aku jumpa ko..ini je topic yang ko ada. 

Tetapi tidak mengapa..aku maafkan kau. Sebab aku tau Allah menjanjikan kebahagiaan terhadap orang yang sabar. Dan kesabaran aku cukup banyak buat kau.

Monday 14 May 2012

TUNGGU!!!!!!!

Last Friday aku mc..sakit orang pompuan…Petang tu bersemangat nak buat new entry…Laptop pulak buat pasal…Huruf “G”, “H” dan “backspace”  tak bleh guna…Adoilar…stress nya masa tu…bersemangat nak masuk entry baru jadik macam tu pulak.
Then Jumaat tu jugak aku deactivate FB aku. Tak tahu kenapa aku rasa mcm menyampah giler dengan FB. Mungkin entry2 dan status2 orang2 yg berkenaan buat aku meluat kot. Kenapa mesti ada manusia hipokrit kat dunia ni. Berpura2 …haisshhh

Wednesday 9 May 2012

DOA

"Sesungguhnya tidak ada specific ayat-ayat Quran yang tertentu melainkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.Jangan mempersoalkan makbul ke tak makbul doa-doa kita..Bukan WAJIB bagi Allah SWT nak memakbulkan doa-doa hambaNya.Barangkali..doa itu datangnya cepat..barangkali datangnya lambat..barangkali doa itu menyebabkan bala yang nak jatuh keatas terhalang disebabkan doa itu ..barangkali doa itu mungkin untuk digunakan sebagai Syafaat di Akhirat..Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui..so janganlah bersedih dan mempersoalkan kenapa doa kita or doa orang tu tak dimakbul kan ke apa..Allahualam."

Ini petikan "status" dari sorang kakak yg aku kenal hanya melalui FB.. The wordings touch me in so many ways… I do not know how to say it but it is really mean something to me…

Tuesday 8 May 2012

KASIH SUCI

Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai dijiwa
Ku disini mendampingi agar kau mengerti

Berlari lah kau berlari
Terbang lah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Jangan lah dikau lupai

Andai ku capai si pelangi
Akan ku serah kepada mu
Agar dapat kau mewarnai seluruh hidup nanti

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwa mu dengan kasih suci

Ku terima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya

Ku bersyukur pada yang Esa
Punya segala - galanya
Sederhana tapi ia sempurna

*luv, hugs, kisses - MIZA...I LUV U soo much...*

IKHLAS

En S aku selalu berpesan nak buat semua benda kena ikhlas…bukan setakat itu…KERJA kena ikhlas.. Kalu tak ikhlas makanya tak akan bermakna kita bekerja setiap hari mencari rezeki…dan akan jadi hanya lah kerja kosong…gaji + kerja sahaja..
Bagi aku kalau nak ikhlas…hati tu kena bersih. Sucikan hati…jangan sampai kita jadi pembawa fitnah kepada orang lain. Tanya dulu empunya diri samada benar atau tidak cerita yang terdengar. Tetapi bagi aku, kalau berlakunya fitnah…redha..sebabnya akan ada pembalasan Tuhan kepada sipembawa cerita. Dan lagi takut cerita2 itu adalah cerita lama dan mungkin si pembawa cerita sudah insaf dengan perbuatannya. Cerita yang kita dengar itu hanya akan membuat terpalitnya luka kalau kita membuka mulut untuk bertanya. Kadang kala benda yang buruk itu kalau tidak diperbesarkan adalah lagi baik. Tertutup rapatnya aib.
Aku memang banyak buat silap. Dan aku akui hakikat itu. AKu cuba untuk berubah. Bila aku lihat dan dengar dari keadaan sekeliling…aku semakin insaf. Kenapa nak diheboh hebohkan segala aib orang. Di laungkan dalam facebook, twitter, YM. Perlukah semua itu.
Kita bekerja 8 jam sehari. Separuh hidup kita di office. Kalau yang ada hanya  palitan busuk hati semata…bermaknakah hidup kita bekerja sepanjang hari. Mungkin kata-kata aku ni hanya kata-kata…tetapi cuba kita fikir kembali. Tengok cermin dan suluh diri sendiri dulu. Bagus sangat kah kita untuk menghukum orang lain? Siapa lah kita disisi TUHAN… Dan setiap perbuatan biar ikhlas supaya terhindar dari fitnah dunia.

Sunday 6 May 2012

DRIVER TAXI

Kali ni aku nak beborak pasal driver taxi. Aku naik teksi setiap pagi bila pi kerja. Time balik pula…En S akan amik aku kat depan opis..so aku hanya memerlukan teksi pada waktu pagi je..
Mesti korang fikir..perghh kayanya naik teksi…Tapi apa daya aku…Lesen kereta aku dah lama mati, dan the best part is..aku lupa nak renew driving license aku ni…akibatnya aku kena amik lesen, kelas memandu sekali lagi…huk huk huk…parah…
Dan lagi kawasan tempat kerja aku tu tak ada public transport…kawasan perkilangan…nak tak nak aku kena amik teksi..nak pi kerja dengan En S…perggh pagi giler tu..pagar opis aku pun tak bukak lagi.
Biasanya kalau aku naik teksi sampe kat opis dalam rm6.00 ke rm6.30… kalau kes yang melampau aku kena rm7.00… kiranya cost sebenar teksi aku ni dlm rm3.00 ke rm3.50 sbbnya naik je dah kena rm3…
Yang paling aku benci kalau driver teksi tu tak berenti mengeluh dan mendengus sepanjang perjalanan. Nak je aku hempuk dengan payung kat kepala dia tu.. Kekadang tu sebab arah yang dia nak pi dengan arah opis aku berlainan..kekadang jem lar cikit sbb traffic light (bukan nya jem teruk pun sbb opis aku dekat dgn rumah)…Kalau ko dah tak nak amik orang atau menyampah dengan jem..jadik je pembantu kedai jual handphone..kan senang…tak payah mendengus tak berenti macam tu..
Ada jugak driver teksi pepagi dah ada “bau”… Nasib baik aku wangi so agak tenggelam jugak lar baunya.. Ada yang promote barang direct selling…dengan kata2..”saya bawak teksi suka2 je…semalam saya pi gua musang dapat RM1K+++…” perggh melampau kayanya…aku diam kan je..ialah kang aku amuk kat situ dia berenti kan aku kat tgh jalan manalar aku nak pi..he he he…
Itular..macam2 ragam driver teksi yang aku kena pagi2…Aku ada gak plan nak amik lessen sekali lagi..tapi  tunggu lar dulu…RM nya kurang lagi…
Apa-apa hal aku bersyukur jugak sebabnya…aku hanya tunggu teksi, naik..sampai opis..Orang lain kena berlari2 naik train..beratur…berebut…penyek…tolak menolak…
Itu semua aku dah lalui..dan rasanya aku dah tak sanggup melaluinya lagi…PENAT…

Saturday 5 May 2012

THIS IS SO TRUE!!!!!

Mad.
 
It really pisses me off when skinny people call themselves fat. You don’t even know what its like being overweight and not fitting into any of your old clothes.

I don’t think people understand how bad it bothers me talking about weight all the time. Nobody is happy in their body, there is always something someone wants to change. I’m so sick of tired hearing skinny people complain that they are fat and fat people complain that they are fat.

I probably sound like a hypocrite right now but I’m just at my breaking point. This girl is skinny with washboard abs and want to call herself fat on a daily basis. I don’t think anyone understands how much that bothers me. I’m not even jealous, even though id love to be skinny.

Im pissed that people take that shit for granted. What i don’t like is how people fish for compliments. You know you’re skinny and in the best shape of your life, you just say you’re fat to get attention and to feel even better about yourself. Like how annoying. People really have those problems and its almost like you’re making fun of them.

I happen to be someone who struggled with weight their whole life and was once bulimic. Thats sick that people would really joke around about something as serious as weight.

- taken this from "someone" tumblr and this is so true...

SHOPPING


Kopak dan pokai aku bulan ni. Ialah raya lagi 2 bulan lebih je lagi. Kenalar prepare apa yang patut…especially baju raya. Untuk aku pi shopping masa bulan pose…jangan harap lar.. Aku lebih suka duduk umah (rasanya ramai yang macam aku jugak kot).

Aku dah pi Kamdar minggu lepas. Masa aku masuk je tempat kain ela tu.. tak tau kenapa tetiba aku naik darah. Mungkin sebab orang ramai atau tak ada orang layan aku atau sebab banyak sangat kain yang buat aku nak muntah. 

Then minggu ni aku ajak BFF aku…wati untuk pi dengan aku. Minggu lepas memang aku dapat beli kain tapi aura kain tu kurang dengan jiwa aku. 

Pukul 9 pagi tadi menapak lar kami ke Kamdar..eh pi breakfast dulu..Lepas tu pi melawat bapak sedara wati (MYDIN) then baru masuk Kamdar.

Tetiba aku naik angin lagi..rupanya air cond kat Kamdar rosak…perggh berasap…mencurah peluh aku.. then wati cakap… “Aku dah tahu kenapa ko tak boleh berfikir last week”… Aku memang tak tahan dan tak paham. Tak tahan sebab tempat tu jadi berkuap, tak ada ruang udara yang klua dan masuk…mana tahan weiiii… Dan aku tak faham si Kamdar ni tak reti nak buat apa2 ke? 2 minggu dah air cond rosak (according pekerja Kamdar).. lama tu…ko nak berniaga ke idak..

Lepas tu..pi lar Kamdar yang satu lagi dekat Globe lama tu…kat situ air cond ok… Otak aku pun dapat berfungsi dengan sempurna…pilih lar kain untuk…mak, mak mertua, mak lang, nenek dan AKU…ngeh ngeh ngeh…kali ni aku puas hati..kain2 tu buat aku tersenyum..aku rasa factor Wati bersama dengan aku tu menyumbang…tima kacih Wati..temankan aku dan layan karenah aku yang macam bdk 5 tahun ni…asyik nak minum je..5 cawan air aku belasah…he he he

Thursday 3 May 2012

TANG MEE LIN



 
Masa aku kerja di GE dulu..one of my Senior Officer ialah seorang perempuan Cina…and her name is Tang Mee Lin and I called her Mee Lin.
Aku tak tau kenapa tapi dari gaya Mee Lin dia sangat sukakan aku. Bukan aku ni perasan tapi orang sekeliling pun berkata benda yang sama. Lunch time kalau dia keluar awal…dia akan belikan aku lunch..Mee Sup.. dan petang2 kalau kami balik lambat kami akan pergi minum kat kedai India, satu geng pergi.  Seronoknya masa tu…

Dia suka sangat beli biskut…mungkin sebab dia ni pun spesis suka mengunyah. Masa aku nak beli rumah aku yang pertama..rumah pangsa kat Pangsapuri Seri Nilam Ampang, Mee Lin yang bagi aku deposit sebelum aku buat pengeluaran duit EPF. Pertolongan tu, tanpa aku minta. Masa tu aku rasa terharu sgt.. Hidup keseorangan tapi masih ada yang sayang.. 

Dan bila aku berenti dari GE, dia selalu sms aku bertanya khabar.. Aku pulak mmg spesis malas nak reply sms (ni masa zaman dulu lar)… dan dia akan bertanya kat kawan baik aku…Wati. Wati akan membebel kat aku tanpa henti sbbnya dia jadi bahan tempat org bertanya kenapa aku tak angkat tel atau pun kenapa aku tak reply sms…Sorry wati..

Lupa aku nak bagitau…Mee Lin adalah cancer survivor. When she been hit by this decease, I'm still working at GE. Masa tu, sedih yang aku tak terucapkan dengan kata2… Badan dia dah tak berdaya menampung segalanya.  Rambut gugur, cengkung tapi senyuman masih terukir dibibir dia…Melayan kerenah aku di ketika itu..Semangat dia memang kuat.. Disamping supplement, ubat doctor..dia survive saat2 genting tu..

Itu dulu..kenangan lama antara aku dan dia..Dan tahun lepas 2011, Mee Lin menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah hampir 9 tahun berjaya mengharungi  cancer. Sedih nya Tuhan saje yang tahu.  Sms dia yang terakhir, dia menyatakan betapa sakitnya dia kerana cancer dah merebak ke tulang..dan dia tak berdaya utk bangun lagi. Aku dapat tahu kematian dia dari Wati jugak.. Terkejut sangat..MAsih terbayang senyuman di wajah nya.. Senyuman yang cukup manis untuk aku kenang..

MEE LIN…I miss u soo much!!!!