Friday 29 June 2012

HUh!!!!!

Sebelum cuti esok, i need to make one entry. Sebabnya keyboard laptop umah aku rosak.
Aku nak membebel pasal mengambil kesempatan. Dalam hidup kita ni sememangnya kita ada mengambil kesempatan tanpa kita sedari.
Macam kita ambil kesempatan anak sulong kita untuk amik baju adik, buat susu..maybe bagi separuh orang itu adalah memintak tolong…tapi yang sebenarnya kita mengambil kesempatan. Bak kata orang menjadi kan budak tu sebagai remote control.
Dalam hal kerja pun macam tu juga. Kita bgtau orang kita tidak ada masa untuk buat itu ini…busy giler…tapi kita borak sana sini..pi merokok sampai 10x..ada masa pulak. Dan kita mintak tolong orang lain dengan menggunakan atau petik nama orang atasan..bagus ke kita buat macam tu? Kerja yang boleh disiapkan dalam masa 15 minit..pun nak mintak tolong orang.
Itu memang betul memerlukan pertolongan ke atau nak tunjukkan yang kau ada kuasa untuk mengarah orang. Mana satu agaknya kategori kau ni…
Jangan macam tu babe..kerja..sama-sama cari makan.. Kenapa nak susahkan orang dengan cerita dongeng kau…tak berbaloi. Buat kena maki je… Memang lar kau boleh cakap kau tak berdosan dan tak bersalah..boss yang suruh…tapi kau pun boleh bukak mulutkan untuk menyatakan yang kau sempat dan boleh buat semua tu..kalau melalak sampai 5 pagi boleh pulak bukak mulut tu..
Kalau ko kena maki..dosa memang tak pergi kat kau..tapi pergi kat aku.. dan pernah tak kau terfikir, kalau ramai yang memaki ko…tak ke bala tu…bak kata Erra Fazira, bila ramai yang mengata maka akan jadilar benda buruk tu nanti… Aku tahu semua itu kuasa Allah…dan aku juga yakin doa orang teraniaya seperti aku akan makbul juga. Just wait and see!!!!

Wednesday 27 June 2012

TV

TV rumah aku rosak.
Tetiba masa tengok MELODI last Sunday…gelap gulita. On dan off semula..tapi tak berjaya…kenapa plak ni…
Then En S bukak lar belakang TV tu…ntah apa yang dia godek2 …tidak berjaya jugak.. Pening aku..
Isnin En S hantar lar pi kedai TV tu… Dan pada hari Rabu si pembaik TV tu bagitau..cost untuk “membaik pulih’ TV tu ialah RM450. Pergghh…. Macam nak beli TV baru… Sakit betul hati aku.
TV tu brand PHILIPS..aku beli tahun 2006…Dan jenis yang besar gedabak tu.. Nak nangis aku.. My BFF (WATI) bgtau, biasanya cost untuk baik pulih TV tu dalam RM300…sebab dia dah banyak kali hantar TV untuk repair..kalau RM300 tu aku bley terima lagi, ini RM450…eeee gerammnya
Aku dah ada solutions dalam kepala ni…akan tetapi aku akan tetap nak baik pulih TV tu…sebabnya baru 7 tahun nyawa benda tu…Even TV Panasonic aku dah 13 tahun masih elok lagi.. Tapi kalau dah memang jodoh aku tak panjang dengan TV tu…ku terima seadanya…bukan rezeki aku…PASRAH!!!
HHUUUAAA STRESS!!!!!!!!!!!!!

Sunday 24 June 2012

MARAH..

Kadang kala perkara2 kecil akan buat kita marah. Marah yang berlarutan terutama bila tiada yang datang memujuk atau meng ‘cool’ down kan rasa amarah kita.
Bagi aku kalau perkara itu betul2 buat kita marah adalah bukan perkara kecil. Bagi orang2 lain mungkin hanya remeh tapi yang terkena tempiasnya adalah kita. Dan yang melaluinya adalah kita.
Marah yang membawa kepada kesedihan yang amat sangat. Membuatkan hati kecil kita tertanya-tanya..kenapa kita…kenapa tidak orang lain.
Aku tahu marah itu adalah sifat syaitan tapi kalau dah berulang kali kena benda yang sama…adilkah bagi aku? Aku cuba untuk menahan marah..tetapi kemarahan aku tercalit kepada orang lain. Orang yang sepatutnya menjadi pendengar aku..orang yang sepatutnya memujuk…tetapi kalau orang yang aku harapkan menjadi shoulder to cry on tak berbuat apa2…seriously akan membakarkan lagi kemarahan aku.. Cuba untuk faham apa yang aku rasa..
Betapa bersarangnya rasa sedih dan amarah ini…geram sangat..benci dengan orang2 macam ni…. Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa..
Berlalulah pergi gundah dihati..bersyukur atas perkara yang lain..yang lebih mengembirakan..walau hati ini luka dan dilukai lagi..

Thursday 21 June 2012

LAGU UNTUK MU

"Oh Tuhan berikanlah kurnia kasihmu bagi kami yang meniti hidup di jalan mu
Penuh kasih dan sayang semogakan abadi sampai akhir nanti"..

BAHAGIA

 Dah berhari aku tak update blog nih. Macam2 dalam fikiran aku sekarang..kusut sangat..sebenarnya tak adalah apahal pun Cuma ada beberapa benda yang kena difikirkan…
 Kawan aku ada prob yang bagi aku sememangnya menguji minda. Sebabnya hati dan kasihnya sudah beralih arah. Susah aku dibuatnya…sebabnya kalau dah aku menjadi tempat luahan hati…terpahat juga rasa simpati.
Simpati dengan siempunya diri. Kasih terpalit kepada orang yang tidak mengetahui. Malah tidak sepatutnya kasih itu terpalit. Bukan terpaut yea..bagi aku kalau terpaut untuk both side. Ini hanya pada sebelah dia sahaja. Dan lagi yang susahnya orang itu tidak tahu..
Mungkin kah kemesraan yang diberikan membuatkan benda ini terjadi. Kalau nak kata perasaan bukan suatu paksaan. Atau adakah ini hanya nafsu semata..atau adakah ini berpunca dari kekosongan hati.
Aku takut untuk memberikan pendapat..sebabnya takut mengundang dosa. Kalau salah pendapat diberi, macam mana dengan hidup pasangan hidupnya kini. Dan aku takut nasihat aku akan memecah belahkan rumahtangga si empunya diri.
Tetapi kalau hati sudah tiada kasih..apa guna hidup bersama. Memang di dalam kesedihan dan kekosongan, kita nak klua dari semua masaalah dan memulakan hidup baru. Tapi adakah kita cukup kuat untuk memulakan hidup baru? Cukup sabar dalam menempuh dugaan hidup sendiri selepas sekian lama hidup bersama.
Tetapi juga..kalau tidak bertindak sekarang..masa akan terbuang dan sia2…masa tak akan kembali..dan tunggu untuk apa lagi. Separuh manusia boleh suck up everything…bahagia dalam derita..dan ada pulak yang lebih suka meluahkan dan meninggalkan keperitan hati.
Hati susah mahu diduga. Jagalar pasangan anda sebaik mungkin. Hargai mereka. Kerana kalau kasih sudah beralih arah..sukar untuk kembali bersama..semuanya tawar…
Dan lastly tawakal dan berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar..untuk kebahagiaan abadi…

Monday 18 June 2012

KAU YANG KU SAYANG

Dalam keterasingan
masih lagi ku dibelai
oleh satu penyesalan
cinta yang tak ku lafazkan
kepadamu


Dulu sewaktu hadirmu
tiada pernah aku tahu
hinggakan engkau berlalu
membawa langkahmu
dengan hati pilu


Mengapa di saat ini
ku di genggam rasa sepi
hingga memaksa diriku
menjadi perindu
bayangan wajahmu


Dalam keterlewatan
ku mencari kesempatan
agar dapat ku lahirkan
satu kerinduan
kau yang ku sayang

.
-MAIZURAH HAMZAH-

PERCAYALAH

Suasana sepi begini panahan rindu menusuk hati tak mungkin kau sedari
Lantas ku titip puisi kasih agar gelora tidak merintih sengsara pun menyisih
Dengarkan lar suara hati moga dikau mampu mengerti
Cinta hadir tanpa ku rasa simpati
Percayalah
Kasih mu lama tersulam
Diruang paling dalam
Terlalu jauh tak terselam
Ku akui dugaan datang jua pergi
Rela ku menghadapi
Dengan harapan suci
Doa bersemi
Kasih usah bak suria kau hadir
Persis ombak memukul ke sisir bimbang cinta terusir
Kerna rindu pastikan lahir
Airmata setia mengalir
Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir
Percayalah

Tuesday 12 June 2012

PENAT

Tak tau apa yang aku nak tulis hari ni. Hari ni rasa lambat betul. Mungkin sebab kena stayback petang ni kot. Sebab kena tolong buat bid. Adoi..boringnya aku. Rasanya macam aku tidak diperlukan pun ada gak sebab ramai yang menghulurkan bantuan untuk department tu. Tapi nama aku naik jugak
Aku tak kisah sebenarnya menolong orang ni. Bukan selalu pun. Dan nasib baiklar cara orang yang bertanya tu, berhemah tinggi. Tak kasar cara cakapnya…which is aku bley terima. Pernah sekali aku stay sampai pukul 11.30 malam. Memang bagi orang lain tak kisah untuk stayback. Tapi aku macam2 hal lepas kerja…banyak plannya..  sepatutnya hari ni aku nak pi ampang point..nak treading kening aku ni.. kalau pi sana mesti pi makan kat German Deli…hmmm sedapnya…
Stay je lar… nak buat macam mana…khidmat diperlukan…Jangan masa aku buat kerja tu, orang memekak sudah..tak pun jadi mandur, suruh itu suruh ini..pandai suruh je…diri sendiri yang melangok dan lembap tak sedar… ok lar…gerak khas…

Thursday 7 June 2012

MAMAM

Macam nak demam je hari ni. Tekak pun dah rasa sakit. Tadi ada lunch free kat opis. Belasah jelar. Cumanya catering tu lar..yang agak meragukan aku. Aku dah check websitenya..nak tengok tanda halal. Tapi tak ada. Sangsinya aku.
Aku kalau makan dikedai bukan islam (kekadang terpaksa sebab orang ajak), aku akan make sure aku tak makan makanan yang kena sembelih. So, aku akan amik seafood, sayur, telor… Macam makan lunch tadi, aku ambil nasi dan telur. Kadang2 fikiran orang yang organize tu agak cetek. Maybe amik caterer tu sebab dekat, murah, nak cepat atau ada connection dengan sapa2 kat situ.  
Aku memang cerewet jugak lar dalam bab makan ni. Kalau dulu aku tak kisah sgt…tapi sejak duamenjak ni anak tekak aku ni jadik kembang dengan sepantas kilatnya. Sudu kotor, tekak aku kembang…lantai kotor, tekak aku kembang…. Kekadang aku hanya focus pada makanan aje…mata aku hanya tertumpu pada pinggan dan nasi..kalau aku tengok ke tempat lain..konpom macam2 yang aku fikir. So, untuk elakkan tekak aku kembang dan selera aku terbantut…FOCUS hanya pada pinggan makan.
Aku pun tak tahu apa yang aku bebel ni…SUASANA DI RESTORAN kot…ngeh ngeh ngeh

Tuesday 5 June 2012

MANUSIA

Manusia kat dunia ni ada macam2 perangai. Dan kita, hidup dalam masyarakat..kena absorb perangai2 yang ada ini, samaada kita suka atau tidak.
Ada yang jenis suka mengarah orang. Ini memang sebati dalam jiwa. Semua benda nak mengarah orang. Macam dia lar satu2 nya dan hanya dia sajalar orang yang boleh memberikan pendapat. Kalau orang lain nak memberikan pendapat…dia akan tolak bulat2 dan akan buat pendapat orang lain tidak bermakna atau dia lar punca pendapat yang bagus itu muncul. Seoalah dia sahaja yang berhak  terhadap kita. Contohnya kita nak pergi beli barang hari ini, dia akan bertanya kenapa kita nak pergi hari ini. Kenapa bukan weekend. SUKA HATI aku lar. Nak pergi sana sini pun bukannya nak bantuan ko.
Ada plak jenis yang suka mengambil dari kita..tetapi nak memberi..perggh susah giler. Kita memang ikhlas nak bagi tetapi hati manusia…adakalanya terdetik jugak sekali sekala. Terdetik..kenapa lar ko pun tak menghulur. Tetapi kalau orang yang ko suka, intan berlian pun ko bagi. Memang lar sebab orang tu ko suka..dah tu aku ni apa? Recycle centre ke apa? Aku pun ada hati dan perasaan walaupun aku tak bertahta dihati ko tu.
Dan ini kisah lain pulak. Aku pernah dulu rasa macam teraniaya sangat.  Aku beli buah potong setiap hari. Aku beli dalam RM5…byk tu..dan setiap hari jugak kawan baik aku dalam opis tu mintak. Kalau dah dia mintak..orang sekeliling yang agak rapat akan mintak jugak. Akhirnya aku tinggal apa? Dan ketika itu aku mengeluh dan didengari oleh kawan yang lain..ayat yang aku keluh kan “kalau dah suka sangat, kenapalar tak beli sendiri”.. akibatnya satu opis boikot aku. Salah kah aku berkata? Aku tak ada cakap direct atau menengking2..Cuma satu keluhan yang didengari oleh orang lain. Hmm…itu lar manusia. Fikir tak ko dah makan hasil duit aku bekerja dan ko tak berterima kasih malah ko dan kroni2 ko boikot aku lagi.. Itu kisah dulu…dah lama, tapi bak kata nenek aku..luka di hati boleh baik, tapi PARUT tetap ada.
Ada juga manusia yang suka bermuka. Tetapi bagi aku..kadang2 bukan bermuka tetapi menjaga hati..asalkan tak ada kegiatan hasutan kat sini. Cuma kalau kita spesis hipokrit, memang boleh jelas kelihatan dimata orang lain. Nampak sangat babe…Orang sekeliling pun ada notis pasal benda ni..
 Berbaik sesame kita walau pun tak suka tapi kalau dah tak tahan sangat jauhkanlar diri…kalau itu jalan yang terbaik dari jadi gaduh. Sesama kita bergaduh tak bestkan..aku pun sebenarnya adakalanya terkeluar dari landasan yang sepatutnya…bergaduh gak…Cuma sekarang semakin aku cuba untuk suck up smuanya..kalau tak suka aku akan kurangkan berjumpa..masing2 tak sakit hati…dan bila dah berjumpa manis pulak rasanya catch up story morie…he he he

BONUS

Bulan ni aku dapat BONUS. Alhamdullillah…penantian aku selama ni terbalas. Jerih betul nak tunggu duit extra ni. Company aku ni bukan macam company lain. Dari cerita2 yang aku dengar bukan setiap tahun Company ni menjaminkan bonus. Ada jugak tahun2 sudah yang satu apa pun tak dapat. Untuk orang2 yg company bagi bonus setiap tahun…bersyukur lar walaupun hanya untuk setengah bulan. Bila aku dengar cerita2 macam ni…buat aku berenti berharap. Aku tidak mengharapkan apa2…dan aku tak mau fikir atau amik tahu pasal bonus langsung.
Tetapi…biasalar perempuan..list apa yang dihajati ada dalam fikiran memasing. Bila aku tulis list2 tu..perggh memang panjang. Dengan oil hair (yang branded lerr), supplement, dining, tudung..macam2 lagi dalam senarai aku. Dan bila dah dapat bonus ni, entah kenapa segala keinginan itu hilang. AKu rasa macam sayang sangat dengan apa yang aku ada ini. Tak sampai memenuhi syarat dalam list pun..duit bonus aku pun dah ciput. Adoilar.. kan ke parah tu.
Nampak gayanya kena tunggu bonus En S jugak lar akhir tahun ni.
“Abah..NAK HALF PORTION!!!!” he he he

Sunday 3 June 2012

HATI INI

Pagi ni berat sungguh aku nak bukak mata aku. Malam tadi memang ala2 tidur ayam. Puas aku cuba lelapkan mata tapi segarnya lar bijik mata ni. Maybe sebab pukul 8 malam aku terlelap sekejap kat depan tv.
Hari ni aku rasa mendung sangat…mata ni rasa berair je. Aku tahu kenapa dan aku benci dengan apa yang berlaku ni. Mula2 pagi tadi bila aku online facebook..ada officemate aku ajak chatting. Bila dah start chatting..lelama mamat ni Tanya pasal officemate aku. Soalan tu aku tahu jawapannya dan aku tidak terniat pun hendak menjawabnya memandangkan aku dah berjanji dengan tuan empunya diri. Tetapi bila mamat ni cakap..bila dia bertanya kepada tuan punya badan dan tuan punya badan menjawab.. “ini mesti SI DIA (aku lar orangnya) yang bagitau kan?”.seriously aku terkejut. Teruk dan jahat sangat ke aku ni sampai jadik orang yang tak boleh dipercayai?
Terguris sungguh hati aku. Macam tu sekali pandangan orang terhadap aku. Buruknya lar aku ni kan. Tahap tapak kaki orang je gamaknya. AKu happy..rajin bercerita..bukan bermakna aku kaki memecahkan rahsia orang. Aku pun ada hati dan perasaan. Dan perasaan aku sekarang ini..PARAH.. Luka sangat. Memang benda ni tak ada apa yang berat tetapi aku tak tahu kenapa rasanya macam tertusuk dihati ni..
TERASA BAGAI DITUSUK SEMBILU LUKA. PEDIHNYA ENTAH BILA AKAN TERHENTI..