Friday 27 July 2012

LUV...

Dear All…there are one incident happen and just make me realize how important all of you to me.. I just want to thank you for all your kindness, cooperation and concern that you showed me. I need to move on from my past and I think to be together with you all is the best opportunity to move on. Thank you guys..
luv u a lot…

Ini adalah isi hati aku khas buat department aku…sejujur dan seikhlasnya untuk dorang semua. Biar pun mereka tidak tahu kewujudan blog ini dan tidak tahu isi hati aku… Bak kata syafiek..lupa kan semua..jangan bergantung kepada orang yang dah tak mahu atau orang yang dah backstab kita. Hargai orang sekeliling yang ada..yang tahu menghargai kita, selagi mereka berada disisi kita.
Aku nak je post kan ayat kat atas tu kepada secret group department aku tu..tapi rasa macam over pulak…tapi ini lar perasaan sebenar yang aku rasa..


En S pun ada menasihati aku..pandang orang2 sekeliling kita yang tahu menghargai kita. Buang orang yang banyak buat kita sedih. Aku akan cuba untuk menjadikan hati ini lebih kental. Dan Ya Allah..panjangkanlah hubungan ku dengan mereka ini, sesungguhnya mereka memberikan kebahagiaan kepada ku dalam mengharungi kerja harian ku. Hilangkan dan buangkanlah kesedihan ini sejauh mungkin. Aku bersyukur kepada mu Ya Allah.

Wednesday 25 July 2012

BUKAK POSE

Aku tak tahu kenapa hati aku terasa dan tersentuh sangat. Padahal bukannya apa pun, cuma berbuka puasa bersama…
Ada segelintir kawan2 aku di office yang mengajak beberapa orang (total 12 orang) untuk berbuka puasa bersama. Dan aku tidak termasuk dalam senarai tu. Aku dapat tahu ni pun dari salah seorang yang di invite dalam menyertai acara berbuka puasa tu. Serius aku terasa giler…
Aku tidak tahu kenapa benda ni menyentuh hati aku. Maybe sebab salah seorang dari group tu ex-partner aku. AKu rasa ini punca utama. Sampainya hatikan… Apa yang aku tak buat untuk memenangi hati orang2 yang berada dalam group tu.
Especially ex-partner aku. Tidak boleh ke ajak aku sekali. Nak kata dia bukan ada kuasa veto…rasa agak pandai dalam berbahas dan bercakap itu ini. Apa kegembiraan yang aku ada sekarang di tempat baru (dept baru) , tidak pernah aku ceritakan. Semuanya kerana nak menjaga hati dia. Kadang2 kalau nak pi mkn lunch aku sorok2 dan cepat2 masuk kereta sebab tak nak orang nampak..pun kerana nak jaga hati dia. Even kalau dia nampak aku klua makan dengan orang dept aku dia akan kirim a.k.a suruh orang department aku bayar…aku telan jugak. Orang nak belanja bukannya boleh di minta… tapi sebab dia ex-partner aku , aku buat muka tembok mintak tolong belikan…
Ntah lar…ini mungkin pembalasan untuk aku. Lupa diri bila gembira. Tapi aku bersyukur sebab aku dikelilingi dengan orang2 yang tidak menyusahkan aku. Kalau gaduh pun…gaduh2 manja kata orang.
Biarlar kenangan manis aku bersama orang2 dept aku hanya aku dan mereka yang tahu…kadang kala bahagia kita mencalarkan luka di hati orang…

Friday 13 July 2012

VACANCY

Aku dah lama tak buat kerja mencari kerja. Sekarang ni aku tengah sibuk apply sana sini tapi bukan untuk aku..untuk sepupu aku, Ayong. Dia tak dapat tempat untuk praktikal lagi. Dah tu tak kan nak tengok je… aku pun mulakan lar operasi mencari.
Jenuh jugak aku cari company2 yang ada kat area KL dan Selangor. Setakat ni dah lebih 50 application yang aku hantar. Sana sini. Praktikal dia untuk 4 bulan je.
Sambil2 aku membelek job vacancy jugak. Aku pernah dapat interview untuk satu Company yang agak berprestij ni. Masa first interview ni, mereka ni suruh aku hantar contoh minutes mesyuarat yang pernah aku buat. Aku memang tak boleh nak bagi samplenya. Sebabnya masa tu soft copy dan hard copy semua kat office lama aku. Takkan aku nak pergi kat tempat tu dan mintak macam tu je. Agak2 lar..Hanya kerana sebab itu, mereka reject aku.
Setelah beberapa bulan kemudian, mereka call dan invite aku untuk interview, one more time. Aku sakit hati pasal kisah lama pun ada. Dan yang aku concern ialah pasal gaji. Ialah tempat kerja aku sekarang dekat, dan kalau aku except offer dorang dah tentu aku kena up sebab kena naik Putra. Bila aku Tanya pasal gaji perempuan hr ni macam nak tak nak bincang. Masa tu tak pergi interview lagi dan semua conversation thru email je.
Kenapa aku demand pasal gaji, selain sebab jauh dari umah ialah kena naik train bagai, kerja tu contract basis. Bukan ke semua yang contract biasanya gaji agak tinggi ke. Kalau nanti dorang tak nak renew masa tu umur aku dah berapa, aku nak makan apa? Contract company tu renew every 3 years.
Dan bila dalam email asyik ngelak cakap pasal gaji, aku dah hilang minat. Dari aku buang masa pi interview dan tak dapat apa yang aku nak, aku refuse to go for the interview. I am decline.
Dan tadi bila aku tengok job vacancy aku nampak ada lagi new entry untuk job tu. Maknanya masih mencari. Ikutkan hati nak je aku email dorang, offerkan diri dan mintak berapa gaji yang aku nak, dan kalau dorang nak amik aku atau tidak belakang cerita. Janji muka kena tebal, muka tembok babe. Tengok lar macam mana…aku tak ada kekuatan untuk hantar email tu lagi.

Thursday 12 July 2012

MENGELUH!!!

Kekadang tanpa kita sedar kita selalu mengeluh bila bekerja. Penat, tak larat, mengantuk. Lelama timbul perasaan benci untuk bekerja. Sebabnya.. terlalu banyak mengeluh.
Dan pernah tak kita fikirkan samada orang sekeliling kita tahan atau tidak mendengar keluhan kita. Kalau sekali dua tidak mengapa tapi kalau dah sampai tahap setiap hari..macam mana hati mereka…lama2 aura negative tu akan melekat kepada orang lain. Parahkan?
Moralnya kita kena sedar adakah keluhan kita diterima oleh orang sekeliling kita. Lama2 orang pun tidak mahu bercakap dengan kita. Sebabnya keluhan akan membuatkan kita muram, sedih dan asyik fikirkan yang negative je.
Boleh untuk meluahkan rasa hati..tetapi berpada-pada. Dan kalau kita terlalu banyak bercakap mengenai hati dan perasaan ni kita akan jadi semakin lemah dan kecewa dalam hati. Tetapi bak kata aku tadi…kita mungkin tak sedar apa yang kita luahkan… kenang apa yang kita buat sepanjang hari pun bagus…untuk menilai diri sendiri tetapi jangan terlalu ego untuk mengakuinya.

Tuesday 10 July 2012

HOARDERS

Aku nak buat house cleaning weekend ni..InsyaAllah…
Mula2 aku nak start dengan baju. Aku kekadang terfikir nak buat blog jual baju recycle. Baju kurung aku punyalar banyak. Itu pun aku dah bagi satu beg plastic besar kat kawan aku untuk dia bawak balik kampong dua dan satu lagi plastic untuk orang yang datang cuci rumah aku. Aku rasa dah lama aku tak buat kerja beli kain dan tempah baju tiap2 bulan. Yang lagi parah, dulu masa aku kerja dengan real estate company…asal ada event aku buat baju baru. Konon2 nya nak Nampak lain dari yang lain.
Ni baju si tenit aku tu pun banyak jugak. Ialah anak sorang mana nak dibagi pakai kepada adiknya..huk huk huk.. dan Tshirt En S…aku rasa dua almari besar baju dia je..bila aku cakap kemas kan mana yang tak pakai dia kata semua dia pakai. EN S aku ni..dia suka gilir2 kan baju…ada turutan baju dia. SO, kalau kita suruh dia pakai baju lain dari turutan dia..dia akan kata..belum turn baju tu lagi.
Dan benda kedua terbesar yang aku nak kemas..ialah almari kat ruang makan aku. Dalam tu macam2 beg ada. Sebabnya aku suka kumpul paper bag. Tapi zaman tu dah berlalu sekarang ni orang selalu kumpul beg kain. Aku nak buang paper bag tu sayang sangat. Tengok lar nanti akan ku fikirkan apa yang aku nak buat dengan benda2 tu. Kat dalam almari tu kalau buat zoo Negara pun menjadi. Macam2 ada..dan sampai tahap Nampak gelap sebab banyak sangat barangnya. menggunung.. Kalau bukak je almari tu..ada suku barang dalam tu akan tercampak keluar..adoi..
Itu antara projek yang aku nak buat. Aku takut jadik  macam HOADERS kat Discovery Living and Health tu. Sayang nak buang barang dan pengumpul sampah. Rumah dah macam tempat pembuangan sampah. Aku ni memang jenis sayang nak buang baju. Tapi aku teringat kata2 ex-collegue aku..kalau baju tu kita dah tak sentuh selama 6 bulan..maknanya kita tak akan pakai baju tu lagi. Dan lagi kalau kita memang sepsis tak beli baju.. pack jelar baju tu.

Sunday 8 July 2012

CEKODOK KENTANG

Pagi ni aku buat cekodok kentang…for breakfast..ada lar sekilo tepungnya.. isi kandungan nya kentang, jagung dan bawang. Nak letak udang…macam lembik je udang kat BIG semalam… udahnya apa yang ada jelar.. cecah dengan sambal sardine…kebanyakkan orang suka letak cili boh dalam sambal sardine..tapi bagi aku…aku suka letak cili boh dan lada hitam, sebab nak hilangkan rasa hanyir…
Cekodok kentang ni requested by Mamat Penang, si Shafieq.. dia ni selalu naik offshore.. biasanya nak tengok muka dia punyalar susah.. dan sebab itulah bila dia request cekodok kentang, layan kan ajelar.. dah tu tak kan nak buat untuk dia sorang.. kebetulan kali ni ada lar lebih 7 orang kat dept ni, itu yang buat sekilo tu…
Mesti macam tak sempat kan…sebenarnya sempat… yang jadi penghalang ialah bangun pagi tu..nak bukak mata..mak aiikk..macam kena gam mata tu… dengan sejuk aircond dan sejuk pagi tu…seriously macam kena gam badan kat katil tu
Biasanya aku akan prepare semua benda2 nak masukkan kat dalam cekodok tu malam dan malam tu bukan awal malam tapi dah nak masuk tengah malam, mcm pukul 12 sebabnya nak kentang tu fresh....potong kentang dan bawang.. rendam dalam air dan masuk dalam fridge.. tepung dah letak siap2 kat dalam bekas… bila pagi tu…bancuh dan masukkan semua…
Bila menggoreng tu..aku guna 2 kuali…cepat lar cikit… dah light brown tu..angkat dan toskan..
Dan masa ni jasa baik EN S diperlukan sebabnya…macam mana lar aku nak angkat dan berjalan turun bukit dalam 10 minit ke tempat tunggu teksi... berat tu… tima kasih EN S…sebab banyak menbantu menyempurnakan misi cekodok kentang ni..

Friday 6 July 2012

SHORT N SWEET

Aku ada usha satu peel lotion ni… dah 2 bulan aku surf dan tengok. Tiap kali aku pi KLCC mesti aku masuk kedai tu..lepas tu aku klua setelah memegang botol lotion tu. Aku dah banyak kali bgtau En S aku nak benda tu tapi dia tak paham atau buat2 tak faham. Geram aku. It is a little bit pricey. But from the review what it can do to your skin is priceless. Adoi..macam mana ni. Nak kluakan duit sendiri, macam sayang lar plak duit…aku baru nak belajar jadik kedekut ni…
By the way ada office mate kata aku ni kedekut dengan barang2 dari dept aku. Sayang oi…stock barang tak banyak, aku kenalar utama kan dept aku walau macam mana pun. Kang dek kerana nak selamat kan butt ko aku yg kena taruk dengan bos aku…apa barang?
Agak2 lar kalau ko nak cakap aku kedekut. Dah le ko main jerit, macam nak buat announcement masa perhimpunan sekolah je. Aku akan cuba menjadi org yang sabar. Sebab aku yakin dan percaya balasan dari Tuhan tu lagi manis. Dan sapalar aku nak menghukum ko si adik manis..(manis ke?)
Hmm pasal peel lotion tu….macam mana ni? Dah jenuh aku fikirkan…nak ke idak…kalau En S bagi 30% dari harga asal pun ok tapi kalai dia bayar semua..lagi CCCAAANNNTTEEEKKKKKKKKKKKKK!!!

#masa menaip blog ni mata aku dah telelap dah..ngantuknya…