Wednesday 19 September 2012

STARDUST

You know when I said I knew little about love? That wasn't true. I know a lot about love. I've seen it, centuries and centuries of it, and it was the only thing that made watching your world bearable. All those wars. Pain, lies, hate... It made me want to turn away and never look down again. But when I see the way that mankind loves... You could search to the furthest reaches of the universe and never find anything more beautiful. So yes, I know that love is unconditional. But I also know that it can be unpredictable, unexpected, uncontrollable, unbearable and strangely easy to mistake for loathing, and... What I'm trying to say, Tristan is... I think I love you. Is this love, Tristan? I never imagined I'd know it for myself. My heart... It feels like my chest can barely contain it. Like it's trying to escape because it doesn't belong to me any more. It belongs to you. And if you wanted it, I'd wish for nothing in exchange - no gifts. No goods. No demonstrations of devotion. Nothing but knowing you loved me too. Just your heart, in exchange for mine.


-Yvaine-

Tuesday 18 September 2012

RASA HATI

Aku terfikir kata2 sorang sahabat yang sangat2 aku sayang…mengenai kisah hati… betapa dia menyayangi seseorang dalam diam. Perasaan itu mekar dalam hati walau setelah setahun dia pergi membawa diri jauh dari orang yang mencuri hatinya itu..
Padanya dengan membawa diri mungkin akan dapat membuatkan dia melupakan sidia… Bagi aku sakit rasanya…rasa menyimpan hati dalam diam…kadang2 kita pun mungkin akan jadi begitu…bila terlalu rapat dengan seseorang..tak kira lar samada orang sama tempat kerja mahupun kenalan luar dari opis. Rasa hati itu akan hadir terutama bila kita ada kekosongan di hati…
Perasaan yang kawan aku rasa itu rasanya bukan satu persinggahan…sebabnya puas dia cuba melupakan sidia..bahkan dia pun sibuk dengan business kecil2an…sudah tentu sibuk tak ada masa melayan hati… tetapi semakin hari semakin bercambah rasa itu dalam hati..walau tidak bersua muka..
Berjauhan mungkin meredakan rasa hati itu… bagaimana pula kalau orang itu berada didepan mata.. lagi parah menahan rasa hati…
Tidak tahu apa nasihat yang patut aku berikan… kita tidak tahu rahsia hati…bila terbuka pula kepada orang yang tidak pernah kita sangka akan mencuri hati kita…susah nak mengharunginya..terutama menyembunyikan rasa debaran didalam hati itu…
Kepada yang sudah berpasangan..jagalah hati pasangan anda..semaikan setiap hari..jangan biarkan ianya kering kontang, sebabnya kalau rasa hati itu sudah beralih arah tiada siapa dapat disalahkan kecuali diri sendiri…

Tuesday 11 September 2012

JANE JAMILAH

Mencintai seseorang itu hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita.
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan hak kita…

SAKIT

I am at the lowest point in my life now. Rasa macam dah tak boleh bawak dengan smua perkara.. Life and work.

Aku rasa macam nak lari dari semua ni.. dan nak bwk anak aku sekali.. aku dah tak tahan dengan situasi hidup aku yang aku rasa lemas dan merimaskan. Aku benci dengan orang2 yang hanya tahu dan pandai buat orang down. Tidak pernah barang sekali pun hati kau aku sakiti kenapa dengan senang ko nak sakiti hati aku. Kau tidak pernah tahu macam mana hidup aku dan kau nak judge aku atas apa yang kau lihat

Aku bosan sangat dengan hidup ini…memang cakap macam orang yg tidak beriman…tapi ini yang aku rasa.. saat ini.. aku rasa terlalu murung tetapi aku gagahkan juga sebab sikecil yang sentiasa membuatkan aku tersenyum… ingin sahaja aku membawa diri…berhenti kerja dan lari dari semua ini dengan sikecil ku… dah tak sanggup rasa hati ini…

Dan kenapa orang yang terdekat tidak mengambil tahu…tidak pernah bertanya…ok kah aku…tidak Nampak kah murung di wajah ini… terselindung disebalik senyuman…tidak terfikirkah senyuman itu hanya untuk melindungi luka dihati… kosong rasanya hati ini.. ke memang niat untuk tidak mengambil tahu atau tidak berminat nak ambil tahu…  lebih senang agaknya membiarkan diri ini terkontang kanting…

Yang ada dalam hati ketika ini..aku hanya hidup untuk Yang Satu… itu sahaja yang terpahat dihati…untuk melegakan hati sendiri

Friday 27 July 2012

LUV...

Dear All…there are one incident happen and just make me realize how important all of you to me.. I just want to thank you for all your kindness, cooperation and concern that you showed me. I need to move on from my past and I think to be together with you all is the best opportunity to move on. Thank you guys..
luv u a lot…

Ini adalah isi hati aku khas buat department aku…sejujur dan seikhlasnya untuk dorang semua. Biar pun mereka tidak tahu kewujudan blog ini dan tidak tahu isi hati aku… Bak kata syafiek..lupa kan semua..jangan bergantung kepada orang yang dah tak mahu atau orang yang dah backstab kita. Hargai orang sekeliling yang ada..yang tahu menghargai kita, selagi mereka berada disisi kita.
Aku nak je post kan ayat kat atas tu kepada secret group department aku tu..tapi rasa macam over pulak…tapi ini lar perasaan sebenar yang aku rasa..


En S pun ada menasihati aku..pandang orang2 sekeliling kita yang tahu menghargai kita. Buang orang yang banyak buat kita sedih. Aku akan cuba untuk menjadikan hati ini lebih kental. Dan Ya Allah..panjangkanlah hubungan ku dengan mereka ini, sesungguhnya mereka memberikan kebahagiaan kepada ku dalam mengharungi kerja harian ku. Hilangkan dan buangkanlah kesedihan ini sejauh mungkin. Aku bersyukur kepada mu Ya Allah.

Wednesday 25 July 2012

BUKAK POSE

Aku tak tahu kenapa hati aku terasa dan tersentuh sangat. Padahal bukannya apa pun, cuma berbuka puasa bersama…
Ada segelintir kawan2 aku di office yang mengajak beberapa orang (total 12 orang) untuk berbuka puasa bersama. Dan aku tidak termasuk dalam senarai tu. Aku dapat tahu ni pun dari salah seorang yang di invite dalam menyertai acara berbuka puasa tu. Serius aku terasa giler…
Aku tidak tahu kenapa benda ni menyentuh hati aku. Maybe sebab salah seorang dari group tu ex-partner aku. AKu rasa ini punca utama. Sampainya hatikan… Apa yang aku tak buat untuk memenangi hati orang2 yang berada dalam group tu.
Especially ex-partner aku. Tidak boleh ke ajak aku sekali. Nak kata dia bukan ada kuasa veto…rasa agak pandai dalam berbahas dan bercakap itu ini. Apa kegembiraan yang aku ada sekarang di tempat baru (dept baru) , tidak pernah aku ceritakan. Semuanya kerana nak menjaga hati dia. Kadang2 kalau nak pi mkn lunch aku sorok2 dan cepat2 masuk kereta sebab tak nak orang nampak..pun kerana nak jaga hati dia. Even kalau dia nampak aku klua makan dengan orang dept aku dia akan kirim a.k.a suruh orang department aku bayar…aku telan jugak. Orang nak belanja bukannya boleh di minta… tapi sebab dia ex-partner aku , aku buat muka tembok mintak tolong belikan…
Ntah lar…ini mungkin pembalasan untuk aku. Lupa diri bila gembira. Tapi aku bersyukur sebab aku dikelilingi dengan orang2 yang tidak menyusahkan aku. Kalau gaduh pun…gaduh2 manja kata orang.
Biarlar kenangan manis aku bersama orang2 dept aku hanya aku dan mereka yang tahu…kadang kala bahagia kita mencalarkan luka di hati orang…

Friday 13 July 2012

VACANCY

Aku dah lama tak buat kerja mencari kerja. Sekarang ni aku tengah sibuk apply sana sini tapi bukan untuk aku..untuk sepupu aku, Ayong. Dia tak dapat tempat untuk praktikal lagi. Dah tu tak kan nak tengok je… aku pun mulakan lar operasi mencari.
Jenuh jugak aku cari company2 yang ada kat area KL dan Selangor. Setakat ni dah lebih 50 application yang aku hantar. Sana sini. Praktikal dia untuk 4 bulan je.
Sambil2 aku membelek job vacancy jugak. Aku pernah dapat interview untuk satu Company yang agak berprestij ni. Masa first interview ni, mereka ni suruh aku hantar contoh minutes mesyuarat yang pernah aku buat. Aku memang tak boleh nak bagi samplenya. Sebabnya masa tu soft copy dan hard copy semua kat office lama aku. Takkan aku nak pergi kat tempat tu dan mintak macam tu je. Agak2 lar..Hanya kerana sebab itu, mereka reject aku.
Setelah beberapa bulan kemudian, mereka call dan invite aku untuk interview, one more time. Aku sakit hati pasal kisah lama pun ada. Dan yang aku concern ialah pasal gaji. Ialah tempat kerja aku sekarang dekat, dan kalau aku except offer dorang dah tentu aku kena up sebab kena naik Putra. Bila aku Tanya pasal gaji perempuan hr ni macam nak tak nak bincang. Masa tu tak pergi interview lagi dan semua conversation thru email je.
Kenapa aku demand pasal gaji, selain sebab jauh dari umah ialah kena naik train bagai, kerja tu contract basis. Bukan ke semua yang contract biasanya gaji agak tinggi ke. Kalau nanti dorang tak nak renew masa tu umur aku dah berapa, aku nak makan apa? Contract company tu renew every 3 years.
Dan bila dalam email asyik ngelak cakap pasal gaji, aku dah hilang minat. Dari aku buang masa pi interview dan tak dapat apa yang aku nak, aku refuse to go for the interview. I am decline.
Dan tadi bila aku tengok job vacancy aku nampak ada lagi new entry untuk job tu. Maknanya masih mencari. Ikutkan hati nak je aku email dorang, offerkan diri dan mintak berapa gaji yang aku nak, dan kalau dorang nak amik aku atau tidak belakang cerita. Janji muka kena tebal, muka tembok babe. Tengok lar macam mana…aku tak ada kekuatan untuk hantar email tu lagi.