Wednesday 25 July 2012

BUKAK POSE

Aku tak tahu kenapa hati aku terasa dan tersentuh sangat. Padahal bukannya apa pun, cuma berbuka puasa bersama…
Ada segelintir kawan2 aku di office yang mengajak beberapa orang (total 12 orang) untuk berbuka puasa bersama. Dan aku tidak termasuk dalam senarai tu. Aku dapat tahu ni pun dari salah seorang yang di invite dalam menyertai acara berbuka puasa tu. Serius aku terasa giler…
Aku tidak tahu kenapa benda ni menyentuh hati aku. Maybe sebab salah seorang dari group tu ex-partner aku. AKu rasa ini punca utama. Sampainya hatikan… Apa yang aku tak buat untuk memenangi hati orang2 yang berada dalam group tu.
Especially ex-partner aku. Tidak boleh ke ajak aku sekali. Nak kata dia bukan ada kuasa veto…rasa agak pandai dalam berbahas dan bercakap itu ini. Apa kegembiraan yang aku ada sekarang di tempat baru (dept baru) , tidak pernah aku ceritakan. Semuanya kerana nak menjaga hati dia. Kadang2 kalau nak pi mkn lunch aku sorok2 dan cepat2 masuk kereta sebab tak nak orang nampak..pun kerana nak jaga hati dia. Even kalau dia nampak aku klua makan dengan orang dept aku dia akan kirim a.k.a suruh orang department aku bayar…aku telan jugak. Orang nak belanja bukannya boleh di minta… tapi sebab dia ex-partner aku , aku buat muka tembok mintak tolong belikan…
Ntah lar…ini mungkin pembalasan untuk aku. Lupa diri bila gembira. Tapi aku bersyukur sebab aku dikelilingi dengan orang2 yang tidak menyusahkan aku. Kalau gaduh pun…gaduh2 manja kata orang.
Biarlar kenangan manis aku bersama orang2 dept aku hanya aku dan mereka yang tahu…kadang kala bahagia kita mencalarkan luka di hati orang…

No comments:

Post a Comment