Friday 13 July 2012

VACANCY

Aku dah lama tak buat kerja mencari kerja. Sekarang ni aku tengah sibuk apply sana sini tapi bukan untuk aku..untuk sepupu aku, Ayong. Dia tak dapat tempat untuk praktikal lagi. Dah tu tak kan nak tengok je… aku pun mulakan lar operasi mencari.
Jenuh jugak aku cari company2 yang ada kat area KL dan Selangor. Setakat ni dah lebih 50 application yang aku hantar. Sana sini. Praktikal dia untuk 4 bulan je.
Sambil2 aku membelek job vacancy jugak. Aku pernah dapat interview untuk satu Company yang agak berprestij ni. Masa first interview ni, mereka ni suruh aku hantar contoh minutes mesyuarat yang pernah aku buat. Aku memang tak boleh nak bagi samplenya. Sebabnya masa tu soft copy dan hard copy semua kat office lama aku. Takkan aku nak pergi kat tempat tu dan mintak macam tu je. Agak2 lar..Hanya kerana sebab itu, mereka reject aku.
Setelah beberapa bulan kemudian, mereka call dan invite aku untuk interview, one more time. Aku sakit hati pasal kisah lama pun ada. Dan yang aku concern ialah pasal gaji. Ialah tempat kerja aku sekarang dekat, dan kalau aku except offer dorang dah tentu aku kena up sebab kena naik Putra. Bila aku Tanya pasal gaji perempuan hr ni macam nak tak nak bincang. Masa tu tak pergi interview lagi dan semua conversation thru email je.
Kenapa aku demand pasal gaji, selain sebab jauh dari umah ialah kena naik train bagai, kerja tu contract basis. Bukan ke semua yang contract biasanya gaji agak tinggi ke. Kalau nanti dorang tak nak renew masa tu umur aku dah berapa, aku nak makan apa? Contract company tu renew every 3 years.
Dan bila dalam email asyik ngelak cakap pasal gaji, aku dah hilang minat. Dari aku buang masa pi interview dan tak dapat apa yang aku nak, aku refuse to go for the interview. I am decline.
Dan tadi bila aku tengok job vacancy aku nampak ada lagi new entry untuk job tu. Maknanya masih mencari. Ikutkan hati nak je aku email dorang, offerkan diri dan mintak berapa gaji yang aku nak, dan kalau dorang nak amik aku atau tidak belakang cerita. Janji muka kena tebal, muka tembok babe. Tengok lar macam mana…aku tak ada kekuatan untuk hantar email tu lagi.

No comments:

Post a Comment