Thursday 3 May 2012

TANG MEE LIN



 
Masa aku kerja di GE dulu..one of my Senior Officer ialah seorang perempuan Cina…and her name is Tang Mee Lin and I called her Mee Lin.
Aku tak tau kenapa tapi dari gaya Mee Lin dia sangat sukakan aku. Bukan aku ni perasan tapi orang sekeliling pun berkata benda yang sama. Lunch time kalau dia keluar awal…dia akan belikan aku lunch..Mee Sup.. dan petang2 kalau kami balik lambat kami akan pergi minum kat kedai India, satu geng pergi.  Seronoknya masa tu…

Dia suka sangat beli biskut…mungkin sebab dia ni pun spesis suka mengunyah. Masa aku nak beli rumah aku yang pertama..rumah pangsa kat Pangsapuri Seri Nilam Ampang, Mee Lin yang bagi aku deposit sebelum aku buat pengeluaran duit EPF. Pertolongan tu, tanpa aku minta. Masa tu aku rasa terharu sgt.. Hidup keseorangan tapi masih ada yang sayang.. 

Dan bila aku berenti dari GE, dia selalu sms aku bertanya khabar.. Aku pulak mmg spesis malas nak reply sms (ni masa zaman dulu lar)… dan dia akan bertanya kat kawan baik aku…Wati. Wati akan membebel kat aku tanpa henti sbbnya dia jadi bahan tempat org bertanya kenapa aku tak angkat tel atau pun kenapa aku tak reply sms…Sorry wati..

Lupa aku nak bagitau…Mee Lin adalah cancer survivor. When she been hit by this decease, I'm still working at GE. Masa tu, sedih yang aku tak terucapkan dengan kata2… Badan dia dah tak berdaya menampung segalanya.  Rambut gugur, cengkung tapi senyuman masih terukir dibibir dia…Melayan kerenah aku di ketika itu..Semangat dia memang kuat.. Disamping supplement, ubat doctor..dia survive saat2 genting tu..

Itu dulu..kenangan lama antara aku dan dia..Dan tahun lepas 2011, Mee Lin menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah hampir 9 tahun berjaya mengharungi  cancer. Sedih nya Tuhan saje yang tahu.  Sms dia yang terakhir, dia menyatakan betapa sakitnya dia kerana cancer dah merebak ke tulang..dan dia tak berdaya utk bangun lagi. Aku dapat tahu kematian dia dari Wati jugak.. Terkejut sangat..MAsih terbayang senyuman di wajah nya.. Senyuman yang cukup manis untuk aku kenang..

MEE LIN…I miss u soo much!!!!

No comments:

Post a Comment