Monday 21 May 2012

SABAR


Malam tadi pukul 3 pagi kami menerima berita kematian sepupu En S aku, Abg Zizi. Abang zizi dimasukkan ke ward selepas jatuh pada hari Sabtu semasa cycling. Masa jatuh tu dia dibawa ke klinik dan masa tu dia masih sedar. Klinik minta dihantar ke hospital. 

Semasa sampai di hospital (mengikut cerita yg aku dengar)…hidung Abg Zizi mengeluarkan darah yang banyak. Bila doctor check..jantung Abg Zizi terlalu lemah. Dan buah pinggang dia pun dah mengalami major breakdown akibat ubat2 yg doctor bagi untuk jantung dia. Dia meninggalkan balu dan 5 orang anak yang masih kecil. Semoga roh Abg Zizi dicucuri rahmat.

Dalam kesibukan menanti jenazah dimandi dan dikapankan… ada pulak yang bukak mulut dan bertanya..”wei, tak nak beranak lagi ke? Nanti mesti kekok kalau beranak lagi sebab dah lama tak beranak kan?”. Apalar kau ni…dalam situasi sedih macam tu kenapa ko nak Tanya soalan yang sememangnya sensitive dan menyakitkan hati. Ko memang dah tak ada soalan lain ke? 

Adakah hidup ko dah terlalu perfect sampai itu je soalan yang ada. Mungkin ko nak jadi manusia yg concern..but to tell the truth..i don’t need that. Dalam suasana dihujani air mata, masih ada masa ko nak Tanya soalan yang hanya Allah s.w.t yang tau jawapannya. Ini bukan kali pertama ko tanya soalan macam ni. Setiap kali aku jumpa ko..ini je topic yang ko ada. 

Tetapi tidak mengapa..aku maafkan kau. Sebab aku tau Allah menjanjikan kebahagiaan terhadap orang yang sabar. Dan kesabaran aku cukup banyak buat kau.

No comments:

Post a Comment