Tuesday 8 May 2012

IKHLAS

En S aku selalu berpesan nak buat semua benda kena ikhlas…bukan setakat itu…KERJA kena ikhlas.. Kalu tak ikhlas makanya tak akan bermakna kita bekerja setiap hari mencari rezeki…dan akan jadi hanya lah kerja kosong…gaji + kerja sahaja..
Bagi aku kalau nak ikhlas…hati tu kena bersih. Sucikan hati…jangan sampai kita jadi pembawa fitnah kepada orang lain. Tanya dulu empunya diri samada benar atau tidak cerita yang terdengar. Tetapi bagi aku, kalau berlakunya fitnah…redha..sebabnya akan ada pembalasan Tuhan kepada sipembawa cerita. Dan lagi takut cerita2 itu adalah cerita lama dan mungkin si pembawa cerita sudah insaf dengan perbuatannya. Cerita yang kita dengar itu hanya akan membuat terpalitnya luka kalau kita membuka mulut untuk bertanya. Kadang kala benda yang buruk itu kalau tidak diperbesarkan adalah lagi baik. Tertutup rapatnya aib.
Aku memang banyak buat silap. Dan aku akui hakikat itu. AKu cuba untuk berubah. Bila aku lihat dan dengar dari keadaan sekeliling…aku semakin insaf. Kenapa nak diheboh hebohkan segala aib orang. Di laungkan dalam facebook, twitter, YM. Perlukah semua itu.
Kita bekerja 8 jam sehari. Separuh hidup kita di office. Kalau yang ada hanya  palitan busuk hati semata…bermaknakah hidup kita bekerja sepanjang hari. Mungkin kata-kata aku ni hanya kata-kata…tetapi cuba kita fikir kembali. Tengok cermin dan suluh diri sendiri dulu. Bagus sangat kah kita untuk menghukum orang lain? Siapa lah kita disisi TUHAN… Dan setiap perbuatan biar ikhlas supaya terhindar dari fitnah dunia.

No comments:

Post a Comment