Monday 28 May 2012

KAKAK OOO KAKAK

AKu tak kisah kalau kat opis orang panggil aku KAKAK..tapi bukan sampai tahap nak memalukan aku depan orang ramai. Seolah-olah aku ni terlalu tua. AKu tahu panggilan KAKAK tu sebagai tanda hormat. Tetapi niat tu kena betul. Ada seorang perempuan ni pernah bertanya kepada aku…”Wei dia panggil you kakak sebab apa? Sebab you tua ke?” Masa tu aku tak marah dengan perempuan ni..tapi aku rasa terkilan. Hanya kerana kau kurus jangan ingat kau berseri sangat. Kalau dah hati tu busuk nak down kan orang…jelas terpancar kat muka tu.
Dan ada pulak yang memanggil aku berulang kali dengan panggilan KAKAK di hadapan sekumpulan lelaki2. Masa tu aku Tanya..nak apa dan kenapa? Then dia cakap taka da apa. Apa tujuannya. Hanya nak memanggil untuk tujuan apa? Nak memalukan aku ke apa? Aku tak kisah tapi orang boleh nilai sendiri. Sebabnya lepas tu..ada yang berkata…”Nampak dia berumur lagi dari akak”…so orang lain pun tahu menilai…
Bagi aku semuanya hanya pangkat dan panggilan je…yang penting pembawaan diri memasing. Dan bagaimana kita menjaga diri. Kalau dari awal kita menjaga diri dengan baik…maka baik lar hasilnya nanti. Dan niat paling penting…jangan kita nak menjatuhkan air muka orang sebabnya akan jadi air muka kita dijatuhkan dengan lebih teruk lagi…

No comments:

Post a Comment