Thursday 12 July 2012

MENGELUH!!!

Kekadang tanpa kita sedar kita selalu mengeluh bila bekerja. Penat, tak larat, mengantuk. Lelama timbul perasaan benci untuk bekerja. Sebabnya.. terlalu banyak mengeluh.
Dan pernah tak kita fikirkan samada orang sekeliling kita tahan atau tidak mendengar keluhan kita. Kalau sekali dua tidak mengapa tapi kalau dah sampai tahap setiap hari..macam mana hati mereka…lama2 aura negative tu akan melekat kepada orang lain. Parahkan?
Moralnya kita kena sedar adakah keluhan kita diterima oleh orang sekeliling kita. Lama2 orang pun tidak mahu bercakap dengan kita. Sebabnya keluhan akan membuatkan kita muram, sedih dan asyik fikirkan yang negative je.
Boleh untuk meluahkan rasa hati..tetapi berpada-pada. Dan kalau kita terlalu banyak bercakap mengenai hati dan perasaan ni kita akan jadi semakin lemah dan kecewa dalam hati. Tetapi bak kata aku tadi…kita mungkin tak sedar apa yang kita luahkan… kenang apa yang kita buat sepanjang hari pun bagus…untuk menilai diri sendiri tetapi jangan terlalu ego untuk mengakuinya.

No comments:

Post a Comment