Thursday 21 June 2012

BAHAGIA

 Dah berhari aku tak update blog nih. Macam2 dalam fikiran aku sekarang..kusut sangat..sebenarnya tak adalah apahal pun Cuma ada beberapa benda yang kena difikirkan…
 Kawan aku ada prob yang bagi aku sememangnya menguji minda. Sebabnya hati dan kasihnya sudah beralih arah. Susah aku dibuatnya…sebabnya kalau dah aku menjadi tempat luahan hati…terpahat juga rasa simpati.
Simpati dengan siempunya diri. Kasih terpalit kepada orang yang tidak mengetahui. Malah tidak sepatutnya kasih itu terpalit. Bukan terpaut yea..bagi aku kalau terpaut untuk both side. Ini hanya pada sebelah dia sahaja. Dan lagi yang susahnya orang itu tidak tahu..
Mungkin kah kemesraan yang diberikan membuatkan benda ini terjadi. Kalau nak kata perasaan bukan suatu paksaan. Atau adakah ini hanya nafsu semata..atau adakah ini berpunca dari kekosongan hati.
Aku takut untuk memberikan pendapat..sebabnya takut mengundang dosa. Kalau salah pendapat diberi, macam mana dengan hidup pasangan hidupnya kini. Dan aku takut nasihat aku akan memecah belahkan rumahtangga si empunya diri.
Tetapi kalau hati sudah tiada kasih..apa guna hidup bersama. Memang di dalam kesedihan dan kekosongan, kita nak klua dari semua masaalah dan memulakan hidup baru. Tapi adakah kita cukup kuat untuk memulakan hidup baru? Cukup sabar dalam menempuh dugaan hidup sendiri selepas sekian lama hidup bersama.
Tetapi juga..kalau tidak bertindak sekarang..masa akan terbuang dan sia2…masa tak akan kembali..dan tunggu untuk apa lagi. Separuh manusia boleh suck up everything…bahagia dalam derita..dan ada pulak yang lebih suka meluahkan dan meninggalkan keperitan hati.
Hati susah mahu diduga. Jagalar pasangan anda sebaik mungkin. Hargai mereka. Kerana kalau kasih sudah beralih arah..sukar untuk kembali bersama..semuanya tawar…
Dan lastly tawakal dan berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar..untuk kebahagiaan abadi…

No comments:

Post a Comment