Tuesday 5 June 2012

MANUSIA

Manusia kat dunia ni ada macam2 perangai. Dan kita, hidup dalam masyarakat..kena absorb perangai2 yang ada ini, samaada kita suka atau tidak.
Ada yang jenis suka mengarah orang. Ini memang sebati dalam jiwa. Semua benda nak mengarah orang. Macam dia lar satu2 nya dan hanya dia sajalar orang yang boleh memberikan pendapat. Kalau orang lain nak memberikan pendapat…dia akan tolak bulat2 dan akan buat pendapat orang lain tidak bermakna atau dia lar punca pendapat yang bagus itu muncul. Seoalah dia sahaja yang berhak  terhadap kita. Contohnya kita nak pergi beli barang hari ini, dia akan bertanya kenapa kita nak pergi hari ini. Kenapa bukan weekend. SUKA HATI aku lar. Nak pergi sana sini pun bukannya nak bantuan ko.
Ada plak jenis yang suka mengambil dari kita..tetapi nak memberi..perggh susah giler. Kita memang ikhlas nak bagi tetapi hati manusia…adakalanya terdetik jugak sekali sekala. Terdetik..kenapa lar ko pun tak menghulur. Tetapi kalau orang yang ko suka, intan berlian pun ko bagi. Memang lar sebab orang tu ko suka..dah tu aku ni apa? Recycle centre ke apa? Aku pun ada hati dan perasaan walaupun aku tak bertahta dihati ko tu.
Dan ini kisah lain pulak. Aku pernah dulu rasa macam teraniaya sangat.  Aku beli buah potong setiap hari. Aku beli dalam RM5…byk tu..dan setiap hari jugak kawan baik aku dalam opis tu mintak. Kalau dah dia mintak..orang sekeliling yang agak rapat akan mintak jugak. Akhirnya aku tinggal apa? Dan ketika itu aku mengeluh dan didengari oleh kawan yang lain..ayat yang aku keluh kan “kalau dah suka sangat, kenapalar tak beli sendiri”.. akibatnya satu opis boikot aku. Salah kah aku berkata? Aku tak ada cakap direct atau menengking2..Cuma satu keluhan yang didengari oleh orang lain. Hmm…itu lar manusia. Fikir tak ko dah makan hasil duit aku bekerja dan ko tak berterima kasih malah ko dan kroni2 ko boikot aku lagi.. Itu kisah dulu…dah lama, tapi bak kata nenek aku..luka di hati boleh baik, tapi PARUT tetap ada.
Ada juga manusia yang suka bermuka. Tetapi bagi aku..kadang2 bukan bermuka tetapi menjaga hati..asalkan tak ada kegiatan hasutan kat sini. Cuma kalau kita spesis hipokrit, memang boleh jelas kelihatan dimata orang lain. Nampak sangat babe…Orang sekeliling pun ada notis pasal benda ni..
 Berbaik sesame kita walau pun tak suka tapi kalau dah tak tahan sangat jauhkanlar diri…kalau itu jalan yang terbaik dari jadi gaduh. Sesama kita bergaduh tak bestkan..aku pun sebenarnya adakalanya terkeluar dari landasan yang sepatutnya…bergaduh gak…Cuma sekarang semakin aku cuba untuk suck up smuanya..kalau tak suka aku akan kurangkan berjumpa..masing2 tak sakit hati…dan bila dah berjumpa manis pulak rasanya catch up story morie…he he he

No comments:

Post a Comment